Home Kenyataan Media PAS Perlis

Arak dan Judi: DPPNPs sambut baik gesaan ADUN Sanglang

271
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERLIS

PEMUDA PAS PERLIS SAMBUT BAIK GESAAN ADUN SANGLANG MENGENAI ISU ARAK DAN JUDI

Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) menyokong ucapan YB Cikgu Mohd Shukri Ramli, ADUN Sanglang yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis supaya mengikut jejak langkah Kedah dalam menghentikan pemberian lesen perjudian dan menghadkan jualan arak di negeri itu.

Ini kerana, arak dan judi jelas memberikan mudarat kepada masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang. Tambahan pula, laporan kes kemudaratan membabitkan arak dan judi sudah memadai untuk membuktikan mengapa Islam mengharamkannya malah tidak termasuk dalam barangan keperluan masyarakat.

Bidang kuasa ini seharusnya dimainkan sebaiknya oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti mana kenyataan YB Senator Ustaz Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang mengatakan bidang kuasa ini ada pada PBT untuk dilaksanakan. Budaya buruk ini harus dihentikan dengan cara penguatkuasaan dan pengawalan yang ketat di peringkat kerajaan negeri.

Justeru, Masyarakat Malaysia perlu dididik sifar arak dan judi dan isu ini perlu dimainkan semua pihak termasuklah dalam kalangan bukan Islam.

5. DPPNPs berharap isu arak dan judi mesti ditamatkan dan dihapuskan di negeri Perlis ini supaya masyarakat lebih harmoni dapat dibentuk pada masa hadapan.

Yang benar,
USTAZ ASRUL AIMRAN ABD JALIL
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
10 Disember 2021 | 5 Jamadilawal 1443H