Home Kenyataan Media PAS Perlis

Arahan Penutupan Dua Buah PASTI Susulan Pelaksanaan TEMCO

311
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS NEGERI PERLIS

ARAHAN PENUTUPAN DUA BUAH PASTI SUSULAN PELAKSANAAN TEMCO

1. Merujuk kepada keputusan Kerajaan Negeri Perlis untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Secara Bersasar (TEMCO) di dua kampung di Sanglang, Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis mengarahkan penutupan operasi dua PASTI yang berada dalam kawasan berkenaan.

2. PASTI berkenaan ialah PASTI Luqmanul Hakim, Sungai Padang dan PASTI Umar Al Khattab, Kampung Rama, Sanglang.

3. Arahan ini berkuatkuasa pada 10 Ogos (Isnin) hingga 24 Ogos 2020 (Isnin).

4. Berdasarkan kepada perkembangan terbaru ini, BPPNPs juga bersetuju untuk menarik balik arahan penutupan bagi PASTI-PASTI yang lain seperti yang dinyatakan sebelum ini.

5. Semua rakyat di negeri ini diseru agar terus memohon kepada Allah S.W.T. di samping mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan dalam membendung penularan wabak ini agar rakyat dapat kembali hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

MOHD. SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
9 Ogos 2020 | 19 Zulhijjah 1441H