Home Berita PAS Perak

ANIMASI murid SRITI Teluk Intan diiktiraf diperingkat kebangsaan

100
SHARE


Oleh : Siti Amnah

TELUK INTAN
Seorang murid tahun 3 SRITI AL- FALAH Teluk Intan telah mengharumkan nama pusat pendidikan peringkat rendah milik Parti Islam Se-Malaysia apabila berjaya merangkul anugerah emas dalam pertandingan pembinaan animasi kategori sekolah rendah sekaligus telah mengharumkan nama sekolah baru-baru ini.

Muhammad Mahdi Hairul Rasyidi 9, telah berjaya memenangi tempat pertama
Pertandingan Kre8tif! @ Schools anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Pertandingan ini dianjurkan bertujuan memberi inspirasi dan sokongan kepada anak muda untuk mencipta, mengembang dan mengemukakan idea animasi kepada dunia.

Pengumuman pemenang bagi pertandingan yang berlangsung dari 2 Julai hingga 19 September ini diadakan pada 5 November 2021 jam 8:00 malam secara langsung di YouTube channel MDEC seperti link berikut: https://youtu.be/XAX62Sc6iyg.

Pada minit 47:47 nama Mahdi telah disebut sebagai pemenang tempat pertama dan berjaya membawa pulang wang tunai RM3000 beserta sijil penghargaan.

Guru Besar SRITI Al-Falah, Haji Mohammad Mahyuddin Mohd Yusof berkata, beliau sangat bersyukur dan gembira kerana ini
adalah kali pertama SRITI Al-Falah Teluk Intan menghantar murid bertanding di peringkat kebangsaan dan telah berjaya membawa pulang RM4000 beserta trofi dan sijil penghargaan.

” RM1000 beserta trofi adalah milik sekolah dan ini akan menjadi pembakar semangat kepada murid-murid yang lain” katanya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Teluk Intan, mewakili pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wan Nor Adila binti Wan Adnan (ibu), Hairul Rasyidi bin Mohd Redzuan (bapa) dan Siti Amnah binti Mohd Tayib (guru penyelaras) yang banyak membantu serta memberi sokongan dan galakan kepada Mahdi sehingga berjaya