Home Berita PAS Selangor

Nasihat Pengampunan vs Keputusan Pengampunan – Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor | Ustaz Shafie Bin Ngah

841
SHARE

Oleh : Ustaz Shafie Bin Ngah

Bagi mereka yang beramal dengan profesyen guaman atau yang ada berlatar belakangkan undang-undang atau setidak-tidaknya mempunyai minat dengan kes-kes di mahkamah tentu tertarik dengan kes ini.

Kes ini special bukan setakat ianya berkaitan dengan seorang tokoh politik ternama semata-mata malah ia berkaitan dengan Perlembagaan Negara (Perlembagaan Persekutuan). Perlembagaan Persekutuan adalah panduan utama dalam urustadbir Negara Malaysia yang Merdeka.

Menghormati dan melaksanakan inti Perlembagaan Persekutuan penting sebagai manifestasi salah satu Rukun Negara iaitu Keluhuran Perlembagaan (Supremacy of the Constitution).

Dalam kes ini keputusan yang dicabar adalah nasihat yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan bukan keputusan pengampunan kata peguam Pemohon (Plaintif).

Yang saya faham (menurut Perlembagaan Persekutuan) begini :-

  1. Yang DiPertuan Agung (YDA) adalah seorang Raja yang memegang jawatan menurut konsep Raja Berperlembagaan. Baginda akan bertindak menurut nasihat.
  2. Nasihat yang diterima oleh YDA dalam urusan pentadbiran Negara adalah daripada Jemaah Menteri (biasanya diwakili oleh Perdana Menteri). Manakala dalam urusan pengampunan pula adalah daripada Jemaah Pengampunan.
  3. Jemaah Pengampunan wujud dengan diketuai oleh Peguam Negara dan 3 orang lain yang telah dilantik oleh YDA.
  4. Keahlian Peguam Negara dalam Jemaah Pengampunan adalah wajib bagi menjadikan Jemaah Pengampunan itu valid dan boleh menjalankan fungsinya.

Dalam kes ini isunya ialah :-
Pada masa Yang Dipertuan Agung diberi nasihat Peguam Negara masih belum dilantik oleh Yang Dipertuan Agung.

Jadi?…..

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor