Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
12 Ogos 2020 I 22 Zulhijjah 1441
ANGKAT MARTABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA DI MATA MASYARAKAT
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNP) dengan tegas menyatakan pendirian kami sejak daripada dahulu lagi bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), adalah tunjang kepada perlaksanaan undang-undang Negara.
2. Sehubungan itu, kami amat bersetuju dan menyokong kenyataan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri Johor dalam 2 Video yang berasingan (dilampirkan bagi rujukan) yang dengan tegas menyatakan sedia memberi sepenuhnya komitmen membenteras salah laku dan integriti mana-mana pihak.
3. Dewan Pemuda Pas Negeri Perak yakin, dengan kekuatan 111,450 orang pegawai dan anggota ini, jika diterjemahkan dengan baik, maka ianya akan dapat menterjemahkan segala bidang tugas kepolisan dengan baik dan diiktiraf oleh masyarakat amnya.
4. Dewan Pemuda Pas Negeri Perak juga yakin, kesemua anggota yang terlibat juga cukup faham mengenai peranan masyarakat awam khususnya Rakan Cop yang ditubuhkan pada Ogos 2004, banyak membantu memberikan bantuan, pertolongan dan maklumat.
5. Akhir sekali, DPPNP turut menyokong segala usaha dan tugasan pihak Polis Diraja Malaysia demi membawa nama Sang Saka Biru ke taraf yang lebih tinggi mengikut piawaian antarabangsa dan menterjemahkan “Polis dan Masyarakat berpisah tiada” InsyaAllah.
#DemiIslam
#IslamMemimpinPerpaduan
Ahmad Faisal Mohd Puait
Ketua
Dewan Pemuda Pas Negeri Perak
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3411082952255541&id=698625456834651&sfnsn=mo
link rujukan :