Home Artikel PAS Perak

60 Orang Asli Ucap Syahadah

1532
SHARE

Image may contain: one or more people and text

60 ORANG ASLI UCAP SYAHADAH

ULU KINTA, 12 Ogos 2020 – 60 orang asli Daerah Kinta memeluk Islam selepas mengucapkan syahadah yang dipimpin Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di sini.

Tegas Dato’ Seri Dr. Zulkifli, Agama Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk agama itu dan ia perlu datang dari keikhlasan mereka sendiri secara sukarela.

“Seseorang yang ingin mengucap syahadah mestilah dengan kerelaan hatinya dan tanpa paksaan, kerana itu kita mahu rasa itu benar-benar datang tulus ikhlas dari hati mereka” jelas beliau.

Tambahnya lagi, mereka yang baru memeluk Agama Islam perlu beriltizam dan istiqomah dalam memgamalkan ajaran Islam dan sentiasa berbaik-baik sesama sendiri sama ada masyarakat beragama Islam mahupun bukan Islam.

Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri Perak, YB Mohd Akmal Kamarudin, Pihak Kerajaan Negeri akan terus membimbing muallaf ini melalui dakwah yang akan dijalankan melalui Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“seramai 45 Mubaligh Islam Islam telah dilantik MAIPk dan 57 Penggerak Masyarakat Orang Asli di bawah lantikan JAKIM yang jumlahnya 102 orang akan terus membantu membimbing mualaf ini” tambah beliau.

Menurutnya lagi, pendakwah akan ditugaskan di setiap perkampungan orang asli di seluruh daerah Negeri Perak dan akan dipantau dari semasa ke semasa oleh Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu, bagi Apar Bengal yang merupakan Orang Asli di sini berkata, beliau telah lama mengkaji dan mempraktikkan ajaran Agama Islam seperti ibadah berpuasa sebelum memeluk agama Islam.

“Saya sendiri berminat untuk memeluk Islam dan empat orang anak saya juga sudah lama memeluk agama ini. Saya juga sering dijemput dalam majlis-majlis agama di sekitar daerah Kinta sebelum bergelar mualaf” jelasnya.

Majlis Syahadah dan Meraikan Pengislaman Masyarakat Orang Asli Daerah Kinta 2020 telah diadakan di RPS Makmur yang mempunyai 788 orang masyarakat asli dari enam perkampungan dimana 80 peratus masyarakatnya beragama Islam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Abdul Aziz Jusoh, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Dato’ Mohd Yusop Husin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Perak, Shahrul Azam Shaari dan Batin Kampung Orang Asli RPS Makmur, Amir Pandak.

Sumber: Komunikasi Strategik Perak [Stratcom]

Image may contain: 1 person, sitting and textImage may contain: 1 person, sitting and textImage may contain: 1 person, standing and flowerImage may contain: 2 people, text