POKOK SENA, 13 Sept – Seorang anggota Jabatan Amal Pokok Sena terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan untuk bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum dekat sini semalam.
Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pokok Sena, Maazallah Muhammad berkata, mangsa Khairul Alizi Baharom, 41 mengalami kecederaan kaki kiri selepas motosikal yang dinaikinya terbabas di jalan raya.
Sektor Tanggungjawab Sosial dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah membuka tabung sumbangan untuk Sdr Alizi. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah (Bank Islam) 02011010104981.
Resit/Slip Sumbangan boleh diberikan kepada Mohd Nakhaie Naka 0134150845 untuk tujuan rekod.