Home Berita PAS Kedah

Anggota Keselamatan Dan Pemuda Di Santuni PAS Kawasan Merbok.

193
SHARE

Oleh AZMI YAHYA

MERBOK, 15 Ogos 2021 :Selain menyantuni pendudok , PAS Kawasan Merbok juga tidak melupakan kepada anggota keselamatan di balai polis Pekan Merbok.Seramai 16 orang anggota mendapat bakul prihatin daripada pihak kerajaan. Rombongan yang di ketuai oleh Pegawai Khas Menteri Besar Kedah juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Merbok Us Azizan Hamzah dan Adun Tanjung Dawai merangkap Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Merbok Yb Us Hanif Ghazali telah menyempurnakan dengan menyerahkan sumbangan bakul prihatin kepada pihak anggota keselamatan.

Sementara pada 13.8.2021 pula sekali lagi PAS Kawasan Merbok bersama Ajk PKWR Dun Tanjung Dawai berkunjung ke Balai Polis Tanjong Dawai dan menyampaikan sumbangan barang yang dibekalkan oleh kerajaan kepada anggota keselamatan yang bertugas di balai polis Tanjung Dawai. Seramai 20 anggota menerima sumbangan.

Setelah penyerahan sumbangan di Balai Polis Tanjung Dawai, rombongan Pegawai Khas Menteri Besar Kedah Us Azizan Hamzah bersama staff PKWR Dun Tanjung Dawai terus ke Pekan Tanjung Dawai. Kali ini Pas Kawasan Merbok menyantuni 20 orang golongan muda Pekan Tanjung Dawai yang ketika di ziarahi mereka sedang menggali kubur untuk perkebumian jenazah Covid19.

Ketua JPKK Tanjung Dawai Jahaya Hussain mengutarakan kepada Us Azizan berkenaan permasaalahan sebatang pokok besar di dalam kawasan tanah perkuburan yang perlu di tebang kerana ianya telah menyebabkan kerosakan tanah perkuburan. Turut bersama ialah Ajk PKWR Dun Tanjung Dawai Mohd Shafik Hassan, Fazil Salleh dan Pengerusi JPKK Tanjung Dawai Jahaya Hussain.