Home Berita PAS Kedah

Anak PASTI istimewa dapat perhatian ADUN bukit pinang

83
SHARE

 

Oleh WAN AMIRUL

LANGGAR, 4 Mei : Seorang anak pasti yang dilahirkan dengan sedikit keistimewaan mendapat perhatian ADUN Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim.

Walaupun dilahirkan dengan bentuk badan yang sedikit bengkok berbanding dari kanak-kanak normal yang lain, adik Muhammad AlFatih Naufal bin Mohamad Helmi, 5, tetap lincah bermain seperti kanak-kanak kecil yang lain.

Namun apabila sakit lelahnya menyerang, hampir luruh hati ibunya menangung kesabaran kerana melihat penderitaan anaknya itu kesan daripada paru-parunya yang kecil sebelah.

Pada awalnya Nurul Asima Izani bt Abu Hassan,27, ibu kepada anak kecil ini menyangkakan bentuk badan anaknya itu akan kembali normal, namun semakin hari ia kelihatan semakin bengkok.

Semenjak lahir anaknya melalui beberapa sesi terapi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebagai ikhtiar memulihkan semula bentuk badan anaknya itu. Namun barisan Doktor di HSB menasihatkan agar dijalankan pembedahan bagi memulihkan kembali bentuk badan anaknya itu.

Ayahnya, Mohamad Helmi bin Othman, 30, yang berkerja sebagai penjual ikan kering di nat dan pasar malam sekitar kota setar ini sudah pasti tidak mampu menampung kos pembedahan yang dijangka mencecah puluhan ribu ringgit itu.

Perbincangan secara terperinci bagi membantu anak mereka kembali normal akan dibuat bersama Dr Dato’ Fadzil dari Hospital Kuala Lumpur.

Para dermawan yang prihatin dan ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad 02075020280890 atas nama Nurul Asima Izani bt Abu Hassan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi 0146740161 (ibu) atau 0163906039 (ayah).