Home Rencana PAS Selangor

Amran turun lagi? – Setiausaha BPPN Selangor

53
SHARE

May be an image of 7 people, motorcycle, outdoors and text that says "Anwar Ibrahim Berbeca di Bandar Hilir #PRNMelaka Syafiq Ambak 18 November 2021 MalaysiaGazette Malaysia"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Mari berhibur hilangkan “stress” berhadapan PRN Melaka.
Amran kah itu? Barangkali Amran menuju ke rumah Azizah untuk membawanya ke sekolah jahitan sebagaimana diupah oleh Orang Kaya Marzuki. Itu filem Penarik Beca filem arahan pertama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee tahun 1955.

Tetapi yang ini bukan penarik beca. Yang ini Pengerusi Pakatan Harapan yang turun ke Melaka untuk meraih undi rakyat Melaka.

22 bulan PH memerintah rakyat termasuk di Melaka, rakyat cukup tidak berpuas hati. Segala janji yang dihamburkan dimungkiri setelah mendapat mandat. Hari ini beliau mengajak rakyat Melaka memberikan semula mandat kepada gabungannya yang didominasi DAP.

Berselarakah lagi rakyat Melaka pada PH?

Lucunya banyak-banyak beca, si Amran pilih beca yang sendat dihiasi jerung. Waspada orang Melaka jangan digigit jerung kali kedua.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor