Home Rencana PAS Selangor

Rakyat Melaka punya tanggungjawab besar – Setiausaha BPPN Selangor

19
SHARE

May be an image of 20 people, people standing and text that says "Prof. Dr.Ramasamy 22 22h (Admin) Pada 18 November 2021, YB. Prof. Dr. P. Ramasamy telah melawat pusat operasi kempen pilihanraya Saudara G. Saminathan yang merupakan calon Pakatan Harapan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N07 Gadek,.. See more MAJU BER BERSAMA HARAPAN DAN AAS HARAPAN X SAMINATHAN HARAPAN MASU ATAN GADEA +2"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Hari ini kalau ada mana-mana kes membabitkan pimpinan pro kerajaan yang digugurkan atau dibebaskan mahkamah pasti riuh-rendah mereka yang dari blok pembangkang. Kononnya kerajaan campurtangan urusan mahkamah.

Tetapi jangan kita lupa semasa PH memerintah 22 bulan apa yang berlaku.

Contoh Bertia Harian 3 September 2018 (tahun yang sama PH memerintah):

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, daripada tuduhan rasuah.

Guan Eng dibebaskan daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon, selepas pihak pendakwaan menarik balik kes itu.

“SPRM ingin menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes itu telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya SPRM,” menurut kenyataan SPRM di sini, hari ini.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini melepas dan membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan, Phang Li Koon, daripada dakwaan bersubahat.

Satu lagi contoh Harian Metro 21 Febuari 2020:

JABATAN Peguam Negara hari ini, membuat keputusan memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

BH Online melaporkan, Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, menegaskan keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang dihadapi mereka.

Katanya, beliau membuat keputusan itu mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang.

Demikianlah pengalaman kita ketika pemerintahan negara diterajui PH selama 22 bulan.

Kebetulan hari ini salah seorang tertuduh itu yang dilaporkan dalam Harian Metro:

Antara yang dituduh sebelum ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang juga Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, G Saminathan, 34.

….. kekal menjadi calon DAP atas tiket PH dalam PRN Melaka kali ini.

Jika anda di Gadek atau pengundi Melaka merasa tidak berpuas-hati dengan keputusan Peguam Negara ketika zaman PH dulu, inilah masanya dalam PRN ini anda selaku rakyat pula yang menjatuhkan hukum.

Jangan sampai pendakwaan berpilih kembali diamalkan. Tolak PH yang didominasi DAP dalam PRN Melaka.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor