Home Berita PAS Sabah

LPMB Dewan Muslimat PAS Tawau anjur bengkel penulisan

83
SHARE

Oleh : Nur Marlyanah Umar                                  22 November

Tawau : Lajnah Penerangan Dan Media Baharu (LPMB), Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau (DMPK Tawau)  telah menganjurkan Bengkel Penulisan bertempat di sebuah premis swasta pada 21 haribulan baharu ini.

Program yang merupakan kerjasama dengan Lajnah Penerangan PAS Kawasan Tawau tersebut merupakan salah satu inisiatif PAS Tawau di dalam menyemarakkan budaya menulis laporan berita program parti selari dengan hasrat Lajnah Penerangan PAS Malaysia yang sedang memacu para jentera PAS dengan slogan “Kita Semua Ejen Penerangan”.

Bengkel ini memberi pendedahan kepada pesertanya di dalam memahami teknik serta tip penulisan berita, teknik mencari ‘angle’ berita dan teknik mewawancara.

Program telah dirasmikan oleh Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Tawau, Mohamad Husain.

Dalam ucapannya, Mohamad Husain meminta agar para peserta sentiasa aktif menulis berita agar info-info program PAS sampai kepada masyarakat.

Bengkel dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman, Hamzah Sanudin, wartawan Akhbar Borneo Post.

Seramai 20 peserta daripada Dewan Muslimat , Dewan Pemuda dan Gen 3 telah mengikuti program ini.

Turut hadir sama dalam program yang berlangsung selama setengah hari tersebut adalah Ketua Penerangan PAS Tawau, Irwan Hamdan dan Ketua Muslimat PAS Tawau, Mandina Ladale