JAMKA di bawah Dewan Pemuda PAS Ampang (DPPA) sudah lama melakukan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di Ampang. Pelbagai tugasan dan aktiviti yang telah berjaya dijalankan. Namun, ada satu program yang JAMKA paling aktif dan terkehadapan iaitu aktiviti “A Day 4 Charity” atau AD4C. AD4C merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor, khusus untuk membantu masyarakat yang dalam kesusahan sama ada bantuan dalam bentuk makanan, barang keperluan, kewangan bahkan bantuan tenaga. Kesemua dana adalah hasil terkumpul bersama.
JAMKA telahpun menjalankan aktiviti AD4C selama bertahun di Ampang khususnya, namun, berdasarkan data Aktiviti AD4C Yang Dijalankan oleh JAMKA Tahun 2021 seperti gambar di bawah, wujud peningkatan mendadak bermula bulan April tahun ini. Peningkatan ini bukan sahaja menunjukkan kesungguhan JAMKA dalam melakukan kebajikan, bahkan ia menunjukkan pertambahan bilangan individu atau keluarga yang sedang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. Bulan lepas sahaja hingga 80 buah keluarga yang telah dibantu oleh JAMKA. Kisah mengenai setiap keluarga ini boleh dibaca di Facebook “Jabatan Amal Ampang”. Ada berpuluh lagi yang sedang menunggu bantuan yang belum sempat JAMKA hulurkan.