SEREMBAN, 25 Oktober – PASTI AS Sibyan bersama Hospital Pakar KPJ Seremban telah mengadakan program Sambutan Hari Cuci Tangan Sedunia bersama KPJ Seremban.
Pasti As Sibyan merupakan salah satu daripada rangkaian PASTI yang berada di Negeri Sembilan, dan berada dalam DUN Ampangan.
Penghargaan diberikan kepada pihak KPJ Seremban, PASTI Negeri Sembilan dan semua yang terlibat secara langsung.
Hari Cuci Tangan Sedunia (Global Handwashing Day) merupakan sebuah kempen kesedaran untuk menggalakkan dan menggerakkan masyarakat dunia untuk menanam amalan mencuci tangan dengan menggunakan sabun pada masa-masa tertentu setiap hari.