Home Berita PAS Kedah

Ameerah Kedah pecah adat anak muda, laksanakan ziarah mega di 15 Kawasan

106
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR,10 JUN 2023 – Ameerah Kedah pecah adat anak muda, laksanakan ziarah mega di 15 Kawasan.

Kebanyakkan anak muda pada masa kini lebih suka menghabiskan masa untuk bersosial dan bersantai. Kali ini, Ameerah Kedah memecah adat orang muda dengan membawa sedikit kelainan apabila Ameerah Kedah bekerjasama dengan Ameerah kawasan-kawasan untuk menjayakan program yang dinamakan sebagai Ameerah Ziarah.

Program yang bertujuan untuk menyantuni wanita muda, ibu bersalin, penduduk yang sakit, OKU dan Pelajar SPM itu berjalan dengan lancar mengikut kreativiti kawasan masing-masing.

 

Ada yang turun membawa cenderahati hasil hiasan sendiri. Ada juga yang membawa hamper baby, dan makanan asas untuk diberi kepada penduduk kawasan masing-masing yang disantuni.

Ameerah Kawasan Kulim menerusi facebook mereka Ameerah Kulim/Bandar Baharu menyatakan mereka telah berjaya menziarahi sebanyak 100 buah rumah! Fuhh, hebat sungguh!

Manakala Ameerah Pendang berharap agar ziarah yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak mampu meringankan ujian mereka dan menjadi pengajaran untuk anak muda agar anak muda zaman kini saling memberi manfaat kepada orang lain.

“Walaupun tak mampu nak menolong banyak, mudah-mudahan dengan bantuan yang kecil ini sedikit sebanyak mampu meringankan ujian mereka.

“Sebagai anak muda, peranan kita bukan sahaja fokus dalam kerjaya atau pekerjaan semata-mata, tetapi kita juga berperanan untuk bersama-sama masyarakat. Malah, sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.” Kata salah seorang wakil daripada mereka.

Sedikit kelainan daripada Ameerah Kubang Pasu apabila meraka menziarahi wanita berumur 18 tahun ke atas yang menyambut hari lahir dari bulan Januari hingga Jun. Walaubagaimanapun, konsep yang dilaksanakan masih mengikut konsep ziarah yang ditetapkan oleh Ameerah Kedah.

Untuk makluman, Ameerah merupakan entiti gerakan Muslimat Muda PAS yang berada dibawah Dewan Muslimat PAS.