Home Artikel PAS Wilayah

Pertemuan Mahabbah Pemuda PAS dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

298
SHARE

Pada 16 September 2020, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah mengadakan pertemuan mahabbah bersama barisan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Nizham Ab Hamidi mengetuai rombongan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang hadir berkunjung ke Darul Madani, Kuala Lumpur.
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohammad Rashidi Abd. Razak di dalam ucapan aluannya amat mengalu-alukan kehadiran rombongan Pemuda UMNO ke Pejabat Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.

DPPWP dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan telah bersepakat untuk membentuk organisasi dan merangka program anjuran bersama demi memperkukuh hubungan kerjasama sesama rakan dalam Muafakat Nasional.