Home Artikel PAS Pulau Pinang

Muslimat Bkt Mertajam santuni para asnaf

62 views
SHARE
BUKIT MERTAJAM: Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Mertajam telah menganjurkan program Kasih Ramadan bertempat di PASTI Tasek Junjong, di sini semalam.
Program ini bertujuan menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal, fakir miskin, orang sakit, Orang Kelainan Upaya dan golongan memerlukan.
Ketua Muslimat PAS Bukit Mertajam, Noriah Ibrahim berkata, program tahunan ini merupakan ingatan kepada golongan kurang bernasib baik.
“Walaupun pemberian tidak seberapa, tetapi sumbangan ini atas dasar persaudaraan sesama Islam, iaitu bantu-membantu yang sangat dituntut untuk kita laksanakan,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Yang DiPertua PAS Bukit Mertajam, Norazman Ishak menghargai usaha para kaum muslimat dalam pembangunan keluarga.
“Muslimat lebih banyak berkorban untuk keluarga dalam kehidupan seharian, betapa istimewanya mereka dengan kekuatan dan ketabahan yang Allah beri, mereka menyantuni keluarga tanpa lelah,” katanya.
Beliau juga menasihati para hadirin agar memanfaatkan bulan Ramadan dengan mengisi masa pada perkara-perkara berfaedah, agar kualiti ibadah semakin bertambah.
Muslimat PAS turut merasa dukacita berikutan pemergian salah seorang penerima sumbangan dari Cawangan Bukit Teh, Hazami Din ke rahmatullah akibat kanser, petang semalam