Home Berita PAS Perlis

Amanat Timbalan Presiden suntik motivasi jentera PRU

64
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

PADANG BESAR, 15 Ogos: Kehadiran Timbalan Presiden PAS YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man ke program di Kompleks Tarbiyyah PAS Kawasan Padang Besar (KOMTAR) di sini semalam menyuntik semangat para petugas jentera pilihan raya.

Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Ustaz Muhammad Azmir Azizan, ucapan yang disampaikan beliau bukan sahaja berupa amanat penting malah turut memotivasikan seluruh penggerak PAS kawasan yang hadir.

“Alhamdulillah, pada malam ini, Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Kawasan Padang Besar berjaya melaksanakan satu lagi program sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Banyak perkara penting telah disampaikan, sebahagiannya merupakan arahan-arahan untuk dilaksanakan sebagai persiapan menghadapi PRU-15.

“Apa yang pasti, sudah tiba masanya seluruh ahli PAS khususnya para petugas jentera pilihan raya PAS kawasan, untuk memperkukuh saf dan bergerak secara seiring dan tersusun bagi mencapai kemenangan dalam PRU-15 nanti,” katanya ketika ditemui di sini.

Lebih 200 orang peserta, terdiri daripada AJK PAS di peringkat kawasan dan cawangan serta jentera pilihanraya DUN, hadir ke program berkenaan.