Home Berita PAS Perlis

Pelajar cemerlang SPM 2021 dirai ADUN Guar Sanji

63
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 15 Ogos: Seramai 26 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 telah diraikan dalam satu majlis khas anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji, semalam.

Mereka yang merupakan para pelajar yang tinggal dalam DUN Guar Sanji telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim.

Menurut Ustaz Mohd. Ridzuan, majlis berkenaan diadakan sebagai memberi dorongan semangat kepada mereka untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pendidikan di peringkat seterusnya.

“Bagi pihak penduduk di DUN Guar Sanji, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan yang mereka perolehi yang bukan sahaja amat bermakna kepada diri mereka, malah turut menjadi kebanggaan para penduduk di DUN Guar Sanji.

“Semoga sedikit sumbangan yang disampaikan ini dapat memberi dorongan dan semangat kepada para pelajar untuk meneruskan perjuangan dalam pendidikan pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui.

Turut hadir pada majlis tersebut, AJK Jabatan Pillihan Raya DUN (JPrD) Guar Sanji, Ishak Ismail, Latipah Mat dan Saifur Ridzuan Mustafa.