Home Berita Dewan Pemuda PAS Malaysia

Amanat Dasar Ketua Pemuda #2

901
SHARE

AMANAT DASAR KETUA PEMUDA #2

Para pemuda yang dikasihi,

Semenjak saya dilantik sebagai Ketua Pemuda dalam muktamar yang lalu, saya mengambil pendekatan untuk mempercepat proses pembentukan organisasi dan merangka halatuju strategik Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). Maka terhasilah 5 halatuju strategik DPPM yang akan dibawa oleh para pimpinan pemuda dalam jelajah Munaqasyah Ucaptama Ketua Pemuda yang sedang berlaku.

Di dalam Ucaptama Ketua Pemuda yang lepas, para pemuda dibekalkan dengan 5 pesanan untuk dicernakan. Justeru, 5 halatuju DPPM dan 5 pesanan ini perlu menjadi panduan wajib dalam merangka halatuju diperingkat negeri dan kawasan. Sehubungan dengan itu juga, sistem skorkad akan diteruskan dan diperkemas. Banyak agenda dan kerja yang perlu dilaksanakan.

Para pemuda sekalian,

Dalam situasi politik yang kian rencam dan tidak menentu, tidak mustahil Allah akan memberi kemenangan kepada kita. Justeru, saya memperingatkan para pemuda akan dua lagi teras perjuangan kita selain politik (siyasah) iaitu da’wah dan tarbiyah.

Saya menggesa agar Dewan Pemuda PAS Negeri/Wilayah (DPPN/W) dan Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) memperhebat program perkaderan kepada masyarakat (da’wah) dan melaksana program pembinaan fikrah serta kompetensi pemuda (tarbiyah) dengan pendekatan yang lebih mesra anak muda, segar dan inovatif bagi memastikan keberkesanannya. Untuk itu para pemud PAS mesti melakukan perubahan minda dan cara kerja.

Para pemuda yang saya sayangi,

Bulan ini merupakan bulan kemerdekaan buat rakyat Malaysia. Sejarah menyaksikan pengorbanan nenek moyang kita dahulu yang menjadikan Islam sebagai tunjang dalam melawan penjajahan. Namun kebelakangan iini perasaan cintakan negara dan semangat patriotisma dikalangan para pemuda Malaysia kian terhakis.

Justeru saya mahukan para pemuda PAS menjadi agen bagi membugar semangat patriotisma anak muda dan menjadi pemangkin dalam penyatuan anak muda dipelbagai peringkat. Jangan dilupakan adalah menjadi tanggungjawab pemuda PAS agar semangat patriotisma dan penyatuan anak muda ini di dasarkan kepada prinsip Islam.

Sudah tiba masanya untuk kita mengemudi politik anak muda dengan cara kita bertunjangkan prinsip Islam. Jangan pernah rasa rendah diri dan gentar kerana Allah sentiasa bersama kita.

Yang Berkhidmat kerana Allah,
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

——————————————————————-

Beloved Youths,

Since I was appointed as the Youth Chief during the previous Muktamar (grand annual meeting), I took the approach to quicken the process of organization building and planned a strategic direction for The Malaysian PAS Youth Council (DPPM). Thus, 5 strategic directions of DPPM were realised. These will be presented by PAS youth leaders in the ongoing PAS Youth Chief Munaqasyah Speech Tour.

In the previous Chief of Youth Speech, the youths were given 5 messages to be understood. Thus, the 5 directions of DPPM as well as the 5 messages must be made a mandatory guideline in drafting the direction of the party, for state and federal constituency levels. Also, the scorecard system will be streamlined and sustained. There is a substantial amount of work to be done and agendas to implement.

O Youths,

Within this volatile and uncertain political situation, it is not impossible for Allah swt to grant us victory. Thus, I remind our youths regarding the other two cores of our struggle, aside from siyasah (politics), which are dakwah (invitation of people to Islam) and tarbiyyah (the education and upbringing of people).

I implore that State PAS Youth Councils (DPPN), as well as their counterparts in Federal Territories (DPPW) and Federal Constituencies (DPPK), to further intensify cadre programmes for communities (dakwah) and implement Islamic Thought and competency development programmes for the youth (Tarbiyyah) in a youth-friendly, fresh and innovative way in order to ensure its effectiveness. Therefore, PAS youths must reform their mindset and work procedure.

O beloved Youths,

This is the month of independence for the Malaysian people. History bears witness to the sacrifice of our ancestors that made Islam as the core in their struggle against colonisation. However, in recent times, the love towards the nation and the spirit of patriotism among the youth today is dwindling.

Hence, I wish that PAS youths become agents to revitalise the patriotic spirit of the Malaysian youth as well as the catalyst of unity among youths in all levels. Also, we must remember to base this patriotic spirit and youth unity on the principles of Islam.

It is now time, for us to drive youth politics in our way, with the principles of Islam as its core. Never feel inferior and afraid as Allah is forever with us.

To serve for Allah,
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin
PAS Youth Chief
The Malaysian PAS Youth Council

#DemiIslam
#PemudaPAS
#IslamMemimpinPerpaduan
#ForIslam
#PASYouth
#IslamLeadsUnity

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2915776495106200&id=479387615411779