Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Ikon Muslim Berjaya

790
SHARE

Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Ikon Muslim Berjaya 

Negara telah kehilangan tokoh pemimpin Islam yang disegani, Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim semalam. Sesungguhnya pemergian beliau pada umur 70 tahun cukup dirasai setelah pelbagai sumbangan besar ditinggalkan.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak melakukan perubahan dan pembaharuan dalam bidang korporat. Malah, beliau turut mengaplikasikan syariat Islam dalam setiap usahanya.

Antara jawatan dan jasa besar Allahyarham ialah:

– Bekas CEO Johor Corporation (JCorp)
– Pengasas idea menubuhkan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ Healthcare)
– Pengasas Waqaf An Nur Corporation Bhd (WANCorp)

Banyak lagi cetusan idea yang diutarakan Allahyarham sepanjang hayatnya. Semoga usaha ‘mujahid bisnes’ ini terus disambut masyarakat kini sebagai meneruskan generasi berilmu.

Marilah sama-sama kita contohi kehebatan beliau sebagai muslim yang memartabatkan Islam dalam apa jua pekerjaan. Dengan ini Islam akan menjadi contoh untuk diikuti kesyumulannya oleh bangsa lain.

Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian tokoh hebat ini. Semoga tabah menghadapi kehilangan insan tersayang yang banyak menyumbang kepada ummah.

Mari doakan supaya Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
12 Safar 1439 | 1 November 2017