Home Artikel PAS Perak

Politik PAS Mendahului Dengan Prinsip Perjuangan Sebenar

1045
SHARE

Politik PAS Mendahului Dengan Prinsip Perjuangan Sebenar

KUALA KANGSAR: Berbanggalah golongan yang telah dipilih berada dalam perjuangan Islam bahkan nikmat paling bermakna menjadi sebahagian kelompok untuk menyebarkan Islam kepada masyarakat.

Itulah kemampuan PAS dalam menyusun strategi politik walaupun dilihat asing dan jauh tapi sentiasa berada di atas landasan yang betul dan tepat.

Penegasan tersebut dinyatakan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hishamudin Abdul Karim di hadapan jentera PAS Perak sempena Ijtimak Pilihanraya PAS Perak 2.0 di Kompleks PAS Kuala Kangsar, 28 Oktober lalu.

“Atas semangat baiah yang kita lafazkan maka hari ini dipertemukan dalam perjuangan Islam.Kita faham rakan seperjuangan di Perak berdepan suasana kritikal apatah lagi keadaan masyarakat majmuk yang menjadi pengundi dominan tapi terus bersabar dengan politik serta menerima keputusan dari pimpinan seperti diputuskan.

“PAS mententang kebebasan maksiat seperti pesta arak sedangkan rakan-rakan yang telah keluar parti terus membuat pembelaan.

“Bayangkan sikap pemerintah jika ianya berterusan namun hasil kesan desakan serta ikhtiar berterusan akhirnya DBKL terpksa akur bahkan JAKIM masukkan penegahan tersebut dalam khutbah tentang larangan pesta arak dari sudut pandang Islam.

“PAS tidak akan bergabung dengan Umno tetapi sebaliknya terus membawa prinsip perjuangan dengan jelas. Sepertimana PAS tidak bergabung dengan Umno maka PAS juga tidak akan bergabung dengan DAP.

“Dengan perpisahan yang berlaku ini apakah akan berlaku pada penyokong Umno kerana satu ketika dahulu pernah mandakwa bahawa disebabkan PAS bergabung dengan DAP mereka tidak memberikan kepercayaan pada PAS.

Beliau mempersoalkan seandainya situasi yang berlaku sekarang mereka bakal bersiap sedia meninggalkan Umno untuk memilih PAS sebagai pilihan menjadi pemerintah negara.

Katanya, umat Islam jalannya adalah berjihad mempertahankan Islam seperti generasi dahulu umpama lalang-lalang yang tebal telah ditebas orang terdahulu.

Jelasnya, semangt yang ada pada generasi lama perlu diturunkan kepada gnerasi baru sepertimana Saidina Omar Al-Khattab telah memanggil Khabab untuk menceritakan penderitaan dilaluinya sebagai menjadi suntikan semangat kepada orang akan datang.