Home Berita PAS Wilayah

Salam Maulidur Rasul 1443H

47
SHARE

Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) mengucapkan Selamat Menyambut Sambutan Maulidur Rasul buat semua Umat Islam di seluruh negara.

Tema “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti” yang dipilih sebagai tema rasmi sempena Sambutan Maulidur Rasul tahun ini merupakan satu motivasi untuk meletakkan nilai Rabbani dalam seluruh aspek kehidupan kita.

Nilai Rabbani ini juga merupakan perkara yang tidak pernah henti dibawa dan dibuktikan dalam seluruh aspek kehidupan Rasulullah SAW.

Nilaian hidup bertuhan dengan mengikut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya telah diterjemahkan sebaiknya oleh Baginda Nabi Muhammad SAW di setiap aspek seperti ruang lingkup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

DMPWP turut menyeru agar setiap daripada kita untuk memperbanyakkan selawat pada hari yang mulia ini sebagai tanda syukur atas nikmat Islam yang dikecapi kerana disebaliknya ada jerit perih Rasulullah SAW dan Umat terdahulu.

#IslamMemimpinWanitaSejahtera

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN