Home Artikel PAS Selangor

Al-Quran Sebagai Rujukan & Panduan Dalam Kehidupan Ummat – Ruangan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Selangor

260
SHARE

Oleh : Prof Madya Dr Mohd Fuad Mohd Salleh

Disini bagaimana al-Quran mengajar kita ada diantara ayat-ayat yang perlukan tafsiran dan ada ayat-ayat yang apabila membacanya kita boleh faham. Mari kita baca ayat 60 – 63 dari surah al-Anfaal dan kita sama-sama renungkan kemudian kita cuba fahami dan mengaitkannya dengan apa yg sedang berlaku dalam politik negara sekarang ini.

Saya bukan mahu mentafsirnya kerana saya tidak punya ilmu untuk mentafsir al-Quran tetapi mahu kita memahaminya dalam konteks sekarang.

  1. Allah perintahkan kita membina dan menyediakan kekuatan. Untuk apa? Supaya musuh merasa gerun.
  2. Apabila musuh gerun mereka akan berusaha untuk berdamai. Allah perintahkan kita untuk terima perdamaian.
  3. Bagaimana jika musuh yang baru berdamai dengan kita tidak ikhlas dan cuba menipu kita? Kita bukan Tuhan untuk tahu isihati manusia. Tapi kita diajar untuk menyerahkannya kepada Allah kerana allah maha mengetahui. Kenapa kita perlu serahkan kpd Allah?
  4. Kerana manusia boleh bersatu kerana Rahmat dari Allah. Allah yang menyatukan hati manusia. Allah Yang Maha Tahu isi hati manusia.

Kita yakin semua orang Islam bercita-cita mahu ke syurga. Tak ada yang mahu ke neraka. Jadi kita perlu memilih jalan ke syurga bukan jalan ke neraka. Kita juga perlu mengajak seramai mungkin manusia untuk bersama ke syurga. Jangan tinggalkan mereka walaupun dulu mereka musuh kita. Kita berbaik dengan mereka kerana itu perintah Allah. Jika mereka mahu khianat pada kita, kita serahkan semuanya kepada Allah.

Prof Madya Dr Mohd Fuad Mohd Salleh
Timbalan Pesuruhjaya 3
PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor