Home Artikel PAS Selangor

PAS Dan Ahli Majlis Perbandaran – Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor | Ustaz Shafie Bin Ngah

324
SHARE

Oleh : Ustaz Shafie Bin Ngah

Kuala Terengganu, Terengganu | 25 September 2020

PAS adalah parti politik yang antara tujuannya adalah untuk mendapatkan kuasa sekalipun kuasa yang kecil sekecil Ahli Majlis Perbandaran.

Erti kuasa bagi PAS adalah bagi melaksanakan urusan amar ma’ruf nahi munkar.

Justeru, dalam konteks Malaysia samada menjadi Ahli Dewan Negara, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis Perbandaran dan sebagainya pemegang-pemegang jawatan daripada PAS mesti tersemat di jiwanya urusan amar ma’ruf nahi mungkar itu.

Dulu Ahli Majlis Perbandaran dilihat dari perspektif kurang baik. ‘Berniaga dengan jawatan yang ada’ atau ‘bahagi-bahagi projek sesama sendiri’ atau ‘kena cucuk hidung dengan pemaju’ dan macam-macam lagi. Sudahlah tidak turun padang membantu rakyat terpalit pula dengan tohmahan yang negatif seumpama itu.

Namun apabila PAS Kelantan membuktikan bahawa tohmahan itu meleset dengan tempoh memerintah negeri hampir 30 tahun tanpa ada mana-mana pemimpin parti yang disabit dengan rasuah dan salah guna kuasa. Baru orang buka mata.

Ditambah pula dengan keterlibatan pemimpin-pemimpin PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat yang dulunya menunjukkan bahawa kuasa (termasuk sebagai Ahli Majlis Perbandaran) bukan tempat menjadi kaya dan senang.

Perubahan kerajaan melalui kuasa rakyat telah mengajar para pemain politik supaya sedar dan insaf bahawa ada amanah rakyat yang perlu diselesaikan.

Sekalipun demikian PAS tidak bergantung kepada kuasa rakyat sedemikian kerana PAS awal-awal lagi mendidik ahlinya bahawa kuasa bukan suatu kelebihan dan peluang untuk mengejar habuan dan kekayaan.

PAS menyeru ahli-ahlinya supaya menggunakan kuasa untuk mendidik orang ramai dengan ilmu dan mengajak masyarakat supaya terlibat sama dengan halatuju kerajaan bagi membuka ruang kepada rakyat untuk menegur pemerintah dan menjadikan agenda membina semula negara menurut landasan Islam mesti menjadi keutamaan. Itulah di antara urusan amar ma’ruf nahi munkar.

Saya sudah sampaikan begitu kepada para Ahli Majlis Perbandaran muslimat dari Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak pagi tadi. Mereka berdiskusi di Kuala Terengganu selama dua hari mulai semalam bagi menguatkan aspirasi Islam Memimpin Perpaduan.

Tahniah Dewan Muslimat PAS Malaysia atas inisiatif yang luar biasa ini.

Ustaz Shafie Bin Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1
PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor