ALFATIHAH.
Mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat kembali ke rahmatullah.
Tuan Guru Dato’ Paduka Hj. Mohamed Daud Al-Iraqi telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.42 petang 8 November 2017 (Rabu) di HUSM Kubang Kerian.
Almarhum merupakan Mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang ke 7 (2007-2009).
Solat jenazah Almarhum akan diadakan pada jam 9.00 pagi 9 November 2017 (Khamis) bertempat di Masjid Sultan Ismail Petra (Masjid Besar Kubang Kerian), Kelantan Darul Naim.
Umat Islam yang berkelapangan dijemput hadir menunaikan solat jenazah. Moga Almarhum dicucuri rahmat Allah SWT.