Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Pemergian Ustaz Mohamed Daud Iraqi : Kehilangan Yang Dirasai Umat – Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan

184 views
SHARE

PEMERGIAN USTAZ MOHAMED DAUD IRAQI : KEHILANGAN YANG DIRASAI UMAT

1. Umat Islam dan Ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) petang ini dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh Ulamak iaitu Tuan Guru Dato’ Haji Mohamad Daud Iraqi.

2. Tuan Guru Haji Mohamad Daud Iraqi merupakan mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat bagi sesi 2004-2009. Beliau juga pernah dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan semasa pentadbiran Menteri Besar, Almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau juga pernah menerima Anugerah Tokoh Ulamak PAS 2013 dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.

3. Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan mengucapkan salam takziah buat semua amilin Islam, PAS serta keluarga Allahyarham Tuan Guru.

4. Sesungguhnya umat Islam kini harus bersedih atas kehilangan mutiara ummah yang amat berjasa bukan hanya di bumi Malaysia malah sumbangannya luas dalam dunia Islam.

5. Semoga Allah menempatkan beliau dalam kalangan para syuhada dan mereka yang ikhlas di sisi-Nya.

#AlFatihah

USTAZ ABDUL HADI MOHD ISA,
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan.
Tarikh : 8 November 2017.