Home Berita PAS Selangor

Aktiviti sumbangan kebajikan PAS Selayang sepanjang PKP 3.0 – YDP PAS Kawasan Selayang

96
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Selayang | Sudah masuk minggu ke-4 sejak penguatkuasaan PKP3.0 atau total lockdown di seluruh negara. PAS Kawasan Selayang yang giat aktif membantu dan memenuhi hajat-hajat para penerima yang memerlukan bantuan. Berikut merupakan sebahagian daripada penerima sumbangan kebajikan daripada PAS Selayang untuk PKP 3.0 ini di Selayang.

YDP PAS Kawasan Selayang Tn Hj Zaidy Abdul Talib menyatakan pelbagai kisah yang pihak PAS Selayang dengar sepanjang proses bantuan, ada bermacam-macam kesusahan yang berlaku. Menurut beliau lagi PAS Selayang bantu semampunya dan ada juga yang dirujuk kepada pihak Zakat, JKM dan beberapa lagi.

Mereka cuba yang sebaiknya untuk bantu masyarakat yang terkesan di Selayang khususnya di DUN Taman Templer ini.

Untuk makluman, beberapa nombor telefon yang digunakan sewaktu PAS menjadi wakil rakyat di DUN Taman Templer ini, masih ada yang whatsapp atau mesej memohon sumbangan. Majoritinya mereka bantu bagi meringankan apa yang dilalui sekarang.

Kita sama-sama berdoa kepada Allah untuk dicepatkan Malaysia dan seluruh dunia keluar daripada wabak Covid-19 ini. Bagi yang belum mendaftar untuk divaksin, mohon mendaftar segera, jika ada yang perlukan pihak PAS Selayang bantu untuk daftarkan juga tiada masalah, terus komen ataupun mesej pihak mereka untuk mereka bantu tuan-tuan puan-puan mendaftar untuk mendapatkan vaksin.

Bagi yang masih menunggu giliran, harap bersabar, giliran akan sampai juga. Purata sehari suntikan vaksin diberikan kini mencecah 200,000 suntikan. Mari bersama menyokong program imunisasi kebangsaan Covid-19.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor