Home Berita PAS Selangor

Takziah buat ahli keluarga bekas Ketua PAS Cawangan di Kapar – PAS Kawasan Kapar

234
SHARE

May be an image of 1 person and text

Perutusan Takziah Kepada Seluruh Ahli Keluarga Ketua PAS Cawangan Taman Sungai Kapar Indah – Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kapar | Ustaz Noor Najhan Mohammad Salleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kapar menyatakan bahawa, PAS Kawasan Kapar telah menerima khabar duka atas pemergian ke Rahmatullah, Tuan Imam Mohd Baharin Sapar, Ketua PAS Cawangan Taman Sungai Kapar Indah. PAS Kawasan Kapar ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga di atas pemergian beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa, PAS Kawasan Kapar merasai kehilangan mutiara di dalam medan dakwah, tarbiyyah dan perjuangan. Allahyarham merupakan tenaga penting di dalam PAS kawasan dan pernah menjawat jawatan seperti berikut :

1. Mantan Ketua DPPK Kuala Langat
2. Mantan Ketua Penerangan PAS Kapar

3. Mantan AJK PAS Kapar

Semoga Allah menganugerahkan keampunan dan mengurniakan beliau di tempat bersama kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Serta dimasukkan ke dalam syurga.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor