Home Berita PAS Selangor

Bantuan prihatin Covid-19 PAS kawasan Gombak bersama NGO – PAS Kawasan Gombak

126
SHARE

Bantuan Prihatin COVID-19 Lajnah Kebajikan PAS Gombak, Ma’ruf Care & AS Sakinah – Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Gombak | Lajnah Kebajikan PAS Gombak bersama NGO-NGO yang bergerak melaksanakan aktiviti kebajikan iaitu Ma’ruf Care dan As Sakinah mengorak langkah pro aktif dengan membantu menyumbang kepada Hospital Orang Asli di Gombak.

Sumbangan berbentuk 2 buah kerusi roda, 5 bekas besar toyogo dan 2 bakul besar bagi membantu melengkapkan Wad Covid-19 yang baru dibuka dengan mengubahsuai taska di hospital berkenaan. Sumbangan diterima oleh Timbalan Pengarah Hospital Orang Asli Gombak.

Sudah tentu kerjasama sebegini dapat membantu kerja-kerja berat frontliner terutama diwaktu kritikal dan keadaan wabak masih tinggi. Hospital kebanyakannya dijadikan sebagai Pusat Rawatan dan Kuarantin Risiko Rendah Covid-19 (PKRC).

Pihak Lajnah Kebajikan mengucapkan terima kasih kepada yang sudi berkongsi dana bagi menjayakan sumbangan ini. Boleh terus menghubungi wakil Lajnah sekiranya berhajat untuk sama menyumbang. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Ma”ruf Care 12225010013488 dan boleh menghubungi Puan Masita Abdullah 012-6290219.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor