Home Berita PAS Perak

Akhlaknya santun dan sangat dekat dihati rakyat | Al-fatihah

477
SHARE
Takziah dari Badan Perhubungan PAS Negeri Perak
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Tuan Haji Husin Din, serta seluruh warga PAS Kawasan Bagan Serai khususnya atas pemergian Almarhum kembali ke Rahmatullah pada jam 10.45 pagi ini.
Almarhum dikenali dengan peribadi dan akhlaknya yang santun dan sangat dekat dihati rakyat. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Bagan Serai.
PAS Negeri Perak melahirkan rasa dukacita atas kehilangan insan yang sangat banyak berjasa pernah berkhidmat sebagai Wakil Rakyat PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selinsing dan begitu gigih menjalankan kerja-kerja jemaah sehingga akhir hayatnya.
Almarhum juga sepanjang hayatnya merupakan petugas jemaah yang sangat berdidikasi dan disenangi oleh rakan-rakan serta menjadi inspirasi buat kita semua dalam memenuhi dan menyempurnakan amal jamaei.
Marilah sama-sama kita sedekahkan bacaan AL-FATIHAH untuk Almarhum dan mendoakan agar rohnya tergolong di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat keampunan dari Allah SWT.
Salam Takziah,
YB Hj Razman Zakaria
(Pesuruhjaya PAS Negeri Perak)
11 Jun 2021
30 Syawal 1442