Home Kenyataan Media PAS Perlis

Tahniah buat adik Uzair Zayyan

152
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PERLIS

KEJAYAAN BEKAS PELAJAR PASTI AS-SOLEHIN PERLIS KE AKADEMI BOLA SEPAK CRUZEIRO BRAZIL-BRITISH

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) mengucapkan tahniah kepada Uzair Zayyan Naimuldin yang berjaya diterima masuk ke Akademi Bola Speak Cruzeiro Brazil-British International School Phuket (BISP), bermula Ogos ni.

2. Lebih menarik, Uzair mendapat biasiswa sebanyak RM120,000 setahun di bawah kendalian Cruzeiro Football Academy Brazil dan akan diserap di bawah Program High Performance Team (HPT).

3. Bakat bermain bola sepak Uzair telah dikesan sejak dari PASTI lagi selepas berjaya dinobatkan pemain terbaik bola sepak pada Temasya Sukan PASTI Negeri Perlis pada tahun 2015 dan mewakili negeri Perlis ke Temasya Sukan PASTI Peringkat Kebangsaan di Kangar, Perlis.

4. Ucapan tahniah juga kami berikan kepada para pendidik PASTI As-Solehin yang telah menggilap bakat beliau.

5. Kejayaan beliau ini secara tidak langsung turut mengharumkan nama PASTI serta menjadi bukti bahawa sistem pendidikan PASTI mampu melahirkan generasi yang berkualiti dan berdaya saing dalam pelbagai bidang.

6. DPPNPs mendoakan agar Uzair terus cemerlang menempa nama di peringkat antarabangsa dan membantu menaikkan nama Malaysia di pentas bola sepak dunia pada masa hadapan.

Yang benar,
MUHAMMAD AZMIR BIN AZIZAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
12 Jun 2021 | 1 Zulkaedah 1442H