Home Rencana PAS Selangor

Ajaran sesat dalam demokrasi berparlimen – Setiausaha BPPN Selangor

187
SHARE

May be an image of monument and text that says "Lim Kit Siang (林吉祥) 46 m Sekiranya hanya ada dua nama untuk jawatan Perdana Menteri, seorang boleh dilantik sebagai Perdana Menteri dan seorang lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk membentuk kabinet perang melawan penularan wabak Covid-19 sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 https://bit.ly/3meDAwF អររររអគ มม ม -នន o मापगारी freemalaysiatoday.com"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Demokrasi versi mana pula yang Kit Siang cadang ni? Calon PM datang dari parti dan kelompok yang berbeza. Bila undi kalah tiba-tiba cadang yang nombor dua dilantik jadi TPM.

Ini bukan pemilihan parti. Ini pemilihan jawatan PM.

Mungkin itu amalan parti sosialis atau komunis tetapi dalam amalan demokrasi berparlimen kita tidak begitu, mustahil Kit Siang yang duduk berdekad-dekad dalam Parlimen tidak tahu.

Memandangkan calon PH sudah kalah dan gagal mengemukakan strong, formidable and convincing numbers, sebagaimana beliau sebelum ini dakwa ada, Kit Siang perlu ajak anak-anak didiknya agar bertenang, terima kekalahan dan menjadi anggota pembangkang yang bertanggungjawab.

Cukup-cukuplah berpolitik. Izinkan PM dan kerajaan baru ini menjalankan tugas mereka. ‘Lets move on’.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor