Home Kenyataan Media PAS Selangor

PN terus bermuafakat, tutup propaganda pembangkang – Ketua Pemuda DPPN Selangor

148
SHARE

May be an image of 1 person and text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

PERIKATAN NASIONAL TERUS BERMUAFAKAT, TUTUP PROPAGANDA PEMBANGKANG

Oleh : Ustaz Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menyokong penuh pencalonan DS Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri (PM) ke-9 yang baharu sekaligus menutup propaganda pihak pembangkang berkenaan dakwaan memiliki sokongan majoriti.

2. Calon dari Perikatan Nasional ini adalah hasil muafakat dari parti-parti di dalamnya dan yang bersama menyokong Perikatan Nasional. Ini membuktikan watak yang ada pada diri DS Ismail Sabri mampu menjadi ikon penyatuan bagi mengukuhkan Perikatan Nasional di antara pelbagai parti politik di dalamnya terutamanya parti utama iaitu PAS, UMNO dan PBBM.

3. Perpaduan nasional menerusi hubungan parti-parti politik amat penting dan ia sangat mempengaruhi perpaduan di kalangan masyarakat dan ahli. Ini kerana perpaduan nasional di peringkat parti-parti politik akan membawa kepada kepada kestabilan negara dan melicinkan pentadbiran semasa.

4. Fokus perpaduan ini sebenarnya sangat ditekankan oleh Tuan Guru Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang dalam banyak kali penekanan ucapan beliau dalam menerangkan konsep permuafakatan menerusi Muafakat Nasional dan juga Perikatan Nasional dengan merujuk model perpaduan di Madinah sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

5. Sedangkan pembangkang terus dalam keadaan berpecah kerana masing-masing rakus dalam mengejar jawatan dan kedudukan sehingga tidak mencapai kata sepakat antara mereka. Ini jelas apabila pendirian asal DAP terhadap tawaran TS Muhyiddin Yassin menerusi kerjasama bipartisan, tidak selari dengan pendirian DS Anwar Ibrahim.

6. Malah perebutan posisi Perdana Menteri antara DS Anwar Ibrahim dengan DS Shafie Apdal pun jelas yang tidak mampu disorokkan lagi sehingga rakyat sedar betapa terdesaknya DS Anwar Ibrahim dalam memperolehi sokongan majoriti. Akhirnya, pembangkang terus bermain propaganda namun realiti mereka masih gagal dan ini jelas terbukti apabila pembangkang gagal mengemukakan nama calon PM kepada YDP Agong yang mendapatkan sokongan majoriti.

7. Malah kita sedia maklum, bagaimana sikap Tun Mahathir terhadap DS Anwar yang tidak pernah sama sekali bersetuju. Sejak dari dalam UMNO kemudiaan kerjasama dalam PH dan sehinggalah kini Tun Mahathir menubuhkan parti PEJUANG. Hakikatnya, DS Anwar tetap tidak mendapat sokongan Tun Mahathir.

8. DPPNS menegaskan bahawa negara amat memerlukan kestabilan politik menerusi parti-parti yang mampu bermuafakat dan saling bertoleransi antara satu sama lain demi objektif besar iaitu kesejahteraan negara dan kebajikan rakyat. Ini dapat dilihat menerusi muafakat yang terbina dalam Perikatan Nasional bukannya pembangkang.

9. Pihak pembangkang perlu akur dengan titah YDP Agong yang berulang kali menitahkan agar memberikan fokus kepada pemulihan negara dan kebajikan serta keselamatan rakyat. Jangan pula asyik bermain propaganda yang tidak membawakan keuntungan kepada negara dan rakyat.

Memimpin Negara,
Pemuda Bangkit Demi Islam.

19 Ogos 2021 | 10 Muharram 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor