oleh: NOR FATIN
ALOR SETAR, 22 MAC – Albukhary International Universiti (AIU) mempelawa pelajar asnaf untuk mengikuti pengajian bersama mereka dan kos ditanggung sepenuhnya.
Menurut YB. Brigedier Jeneral(B) Dato’ Haji Najmi bin Haji Ahmad menerusi facebooknya, kepada pelajar asnaf yang berumur 18-22 tahun di daerah baling yang berminat untuk mengikuti pengajian bersama AIU boleh berhubung dengan pihak AIU untuk urusan selanjutnya. Namun tawaran ini hanya terbuka kepada pelajar yang bujang sahaja.
Dalam masa yang sama, pihak AIU juga behasrat untuk membantu dan membimbing golongan B-40 di daerah baling dalam bidang perniagaan dan sebagainya.
Satu mesyuarat bersama pihak AIU dan ketua-ketua jabatan dan agensi Daerah Baling telah diadakan. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh YB. Brigedier Jeneral(B) Dato’ Haji Najmi bin Haji Ahmad .
Mesyuarat dipengerusikan Pegawai Daerah Baling, Datuk Mohd Shahadan Hj Abdullah di Pejabat Daerah Baling.