Home Rencana PAS Selangor

Air mata dan sahabat seperjuangan – DPPK Ampang

22
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang

Ini tanggungjawab ahli kepada jemaah setiap tahun. Tanggungjawab dewan dewan dan cawangan telah pun dilunaskan hari ini.

Untuk Keluarga besar Kawasan Ampang, ini buat kali ke 37.

Tahniah kepada seluruh panitia Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Ampang yang melancarkan dan melaksanakan mesyuarat dan pemilihan hari ini.

Walaupun diadakan secara Hybrid, masih tetap meriah dan bersemangat. Ini tak lain tak bukan kerja Us Jamal antara pengerusi majlis paling mantap di Ampang.

Tahniah kepada semua cawangan sama ada yang menerima anugerah atau tidak. Kerana semua telah menjalankan tanggungjawab dan peranan masing masing. Yang penting kita saling memperkuat. Yang kuat kita bantu yang yang belum kuat, yang kurang aktif kita perbaiki dan perkuatkan semula.

Tahniah kepada semua dewan dewan dan lajnah yang telah berperanan sepanjang sesi lepas.

Takziah dan belasungkawa juga kepada ibu ayah sahabat perjuangan yang telah pergi dulu menghadap Ilahi.

Tak sedikit yang menitis air mata kali ini dek betapa ramai yang pergi bila mana Covid melanda. Kita juga akan pergi satu masa nanti.
Kita hanya mata mata rantai perjuangan yang menyambung perjuangan para rasul dan anibiya’.

Tahniah dan takziah kepada AJK yang bakal dipilih untuk sesi hadapan.

Seeru Ala Barakatillah!!!

Semoga silaturrahmi Keluarga ini terus dilimpah dengan mawaddah wa rahmah dan kekuatan untuk terus mengajak masyarakat kepada Islam.

Terima kasih Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) dan Briged Muslimat Ampang yang bantu keselamatan dan kelancaran MAT hari ini.

16 Oktober 2021 | 9 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor