Home Berita PAS Selangor

“Bersatu teguh bercerai roboh” – PAS Kawasan Sungai Besar

13
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Uwais Al-Qarni

SUNGAI BESAR, 16 Oktober – “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh”, inilah satu peribahasa yang dapat digambarkan bagi aktiviti yang dijalankan oleh PAS Kawasan Sungai Besar pada pagi tadi.

Satu aktiviti gotong-royong sebagai persiapan menghadapi Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Sungai Besar Kali Ke-18 yang akan dilangsungkan pada esok hari telah selesai diadakan pagi tadi.

Gotong-royong yang diketuai sendiri oleh Ustaz Fadzin, YDP PAS Sungai Besar telah mencetuskan suasana yang erat dan padu dalam kalangan yang hadir untuk sama-sama menyelesaikan tugasan yang diberikan.

“Suatu kerja berat yang dibuat secara bersama dalam jamaah, insyaallah bakal menjadikan kerja itu ringan apabila seorang sedikit memikul tanggungjawab tersebut. Hikmah kita duduk dala jemaah dan kita rasai sendiri kemanisan itu apabila semua memainkan peranannya”, ujar Ustaz Fadzin.

Gotong-royong yang diadakan itu tadi selesai dalam 12 tengah hari. Kehadiran dari AJK PAS Kawasan, pemuda, muslimat dan cawangan-cawangan melicinkan dan melancarkan urusan gotong-royong.

Selamat bermuktamar buat semua muktamirin dan muktamirat pada esok hari.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor