Home Artikel PAS Wilayah

PAS Bukit Bintang Agih Daging Korban

159
SHARE

PAS Bukit Bintang Agih Daging Korban

Oleh: Dhiya’ Muttmainnah

LEMBAH PANTAI – Ibadah korban tahun ini tetap dilaksanakan oleh umat Islam di Malaysia dengan pematuhan kepada garis panduan yang telah diberikan baru-baru ini.

Tidak ketinggalan PAS Kawasan Bukit Bintang dengan kerjasama PAS Kawasan Lembah Pantai juga menyempurnakan aktiviti penyembelihan semalam di Surau Al-Falah, Lembah Pantai.

Aktiviti penyembelihan kali ini dilaksanakan dalam keadaan sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini dengan penglibatan petugas yang minima.

Turut terlibat dalam aktiviti korban ini adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang, Haji Mohd Azemi Azman Johari, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang, Mohd Rashidi Razak dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Daging korban tersebut telah diagih kepada mereka yang layak khususnya penduduk di sekitar Perumahan Awam Hang Tuah, Bukit Bintang.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang, Mohd Rashidi Razak dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Daging korban tersebut telah diagih kepada mereka yang layak khususnya penduduk di sekitar Perumahan Awam Hang Tuah, Bukit Bintang.