Home Berita PAS Perak

Tahniah MB dan PAS Kedah

162
SHARE

Parit, 11 Jun 2021 – Rekod prestasi yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Kedah pada ketika ini jelas membuktikan kesungguhan PAS memimpin dan membawa kebaikan kepada rakyat dan Negara. Kedah merupakan negeri yang mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan melibatkan urusniaga sehingga RM42.4 bilion.

Negeri Kedah yang berada di bawah pentadbiran Muhammad Sanusi Md Nor, selaku Menteri Besar juga telah berjaya melangsaikan hutang Syarikat Air Darul Aman, SADA, sebanyak RM121 juta daripada RM147 juta yang telah ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini.

Mengulas mengenai berita kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah tersebut, Ustaz Muhammad Ismi Bin Mat Taib, selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, menegaskan pemimpin, pendokong, dan penyokong PAS, terus menunjukkan prestasi terbaik walaupun dihujani pelbagai tohmahan dan dakwaan yang ingin menjejaskan reputasi dan kredibiliti PAS itu sendiri.

“Kita tidak perlu terjebak dan terpedaya dengan tingkah laku pihak tertentu yang seringkali menjadikan politik sebagai medan untuk meraih kuasa dengan cara yang tidak bermaruah,” ujarnya lagi.

“PAS mengamalkan budaya politik yang matang dan sejahtera kerana PAS berjuang atas landasan kebenaran dan berpaksikan keadilan serta kebajikan untuk semua,” tegas Muhammad Ismi yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan Parit.

Menurut Muhammad Ismi lagi, kecemerlangan PAS Kedah ini adalah motivasi dan dorongan yang terbaik buat semua ahli dan pemimpin PAS di semua peringkat untuk teruskan khidmat membawa kebaikan dan memperjuangkan kebajikan untuk rakyat dan negara.