Home Artikel PAS Johor

Ahli PAS Kulai Meninggal Dunia

1049
SHARE

Oleh : Abu Hadif

KULAI, 7 Jan : Cuaca mendung sejak pagi ini mengiringi pemergian seorang ahli PAS Kulai, Almarhum Muhammad Hata Sapan, 50, yang telah menghadap Ilahi.

Yang DiPertua PAS Kawasan Kulai, Abdul Aziz Jaafar ketika ditemui mengucapkan takziah kepada balu almarhum yang juga AJK Muslimat PAS Kulai dan keluarganya, yang diuji dengan ketentuan Tuhan.

Abdul Aziz yang sentiasa mengagumi semangat almarhum dalam kerja-kerja PAS menyatakan rasa simpati dan sedih diatas pemergian Almarhum, juga menyifatkannya sebagai satu kehilangan yang besar buat PAS Kulai.

Menurut beliau, Almarhum merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Permata Impian Kulai yang sangat baik dan sentiasa komited dengan gerakerja PAS Kulai dan masyarakat setempat walaupun keadaan kesihatan diri Almarhum tidak mengizinkan untuk bergerak aktif.

Tambah beliau, jasa dan sumbangan sepanjang kehidupan almarhum amat dihargai serta dikenang buat menyuntik semangat ahli-ahli PAS dan didoakan mendapat ganjaran sebaik-baiknya dari Allah SWT.

Almarhum Muhammad Hata yang meninggalkan seorang balu, Miskujina Tugio dan lima orang anak, telah menghembuskan nafas pagi ini di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan telah selamat dikebumikan pada jam 4.00 petang ini di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak, Kulai. Pengebumian dihadiri ahli keluarga, ahli serta pimpinan PAS Kulai, sahabat handai, dan kenalan almarhum.