JERAI – Ahli Parlimen Jerai, YB Sabri Azit melawat seorang pemuda yang hilang separuh tangan dalam satu kemalangan yang berlaku di tempat kerjanya di sebuah kilang dekat Gurun, baru-baru ini.
Dalam kejadian itu mangsa, Muhammad Faiz Aiman Hasli, 22 putus hingga bahagian lengan ekoran terkena mesin ketika bekerja.
Malang tidak berbau, meskipun baru dua minggu bekerja adik Faiz diuji sedemikian rupa.
YB Ustaz Sabri turut menyampaikan sedikit barangan keperluan dan juga wang tunai bagi meringakn beban keluarga adik Faiz.