Home Berita PAS Kedah

Ahli Parlimen Jerai santuni Belia 4B

18
SHARE

YAN – Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit menyantuni 36 orang belia di dalam Program Kembara Tautan Kasih, hari ini.

Program ini merupakan anjuran Gerakan Belia 4B Malaysia Kedah di Dewan Masjid Nurul Iman, Kariah Kampung KEDA Sungai Udang.

Menurut YB Ustaz Sabri, mereka turut menjejaki empat orang belia di rumah kediaman masing-masing.

“Empat orang belia ini mengalami masalah kesihatan jadi bagi meraikan mereka kita turut ke kediaman mereka untuk menyampaikan sumbangan,” katanya.

Menurut YB Ustaz Sabri, golongan belia adalah mereka yang wajib diberi perhatian kerana mereka adalah pewaris kepada masa hadapan.

Hadir sama Pengerusi 4P En Mazlan Hj Hussin, Tuan Imam En Ramzi Hj Othman, Pengerusi 4B Jerai Mohd Faizal Bahdor, Alumni 4B Malaysoa Dato Ustaz Shahron Jamaludin dan Pengerusi Belia 4B Negeri Kedah Muhd Najib Bin Muhd Taib