GURUN – Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Azit menyantuni 100 penduduk terpilih menerima sumbangan hamper di Kampung Sungai Puntar, semalam.
Menurut beliau, sumbangan ini diberikan kepada semua bangsa tanpa mengira fahaman politik dan agama.
“Program Semarak Kasih Parlimen Jerai sebelum ini dilaksanakan di Kampung Tengah Sungai Limau dan 100 asnaf terima sumbangan hamper makanan,” ujarnya.
Katanya, diharapkan dengan sumbangan berupa makanan keperluan harian ini dapat meringankan beban yang mereka tanggung.