Home Berita PAS Selangor

Bakul makanan buat Asnaf B40 – PAS Kawasan Hulu Langat

17
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Langat | Buat masa sekarang, nasib mereka yang terkesan dengan wabak Covid-19 ini terus menerus dibela oleh pelbagai pertubuhan kebajikan mahupun daripada parti politik dan juga individu perseorangan. Tempoh hari, Wanita Perikatan Nasional telah mengedarkan ribuan bantuan bakul makanan di setiap kawasan bagi diedarkan kepada yang memerlukan di kawasan masing-masing.

PAS Kawasan Hulu Langat menyatakan rasa lega hati apabila dapat menyampaikan amanah daripada Khidmat Malaysia Hulu Langat yang maklumkan bahawa masih ada tiga baki Bakul Makanan Wanita Perikatan Nasional. Menurut laporan, semua penerima sumbangan telah dihubungi untuk datang mengambilnya di PASTI Ar Raihan, Bandar Bukit Mahkota dengan mematuhi SOP dan penjagaan jarak sosial. Wakil Khidmat Malaysia Hulu Langat, sdr Hishamuddin telah sampaikan bantuan kepada penerima-penerima tersebut.

Disamping itu, tugasan membungkus 70 kit bantuan bakul makanan kepada guru-guru PASTI dan asnaf B40 di sekitar Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra dan Taman Impian Putra juga diteruskan. Bantuan ini ditaja sepenuhnya oleh Darus Syifa sempena menjelang Aidiladha pada selasa 20.7.2021. Dimaklumkan bahawa jika ada rezeki, sumbangan daging mentah akan turut diberikan sekali.

Dalam rezeki kita semua ada juga bahagian orang lain yang memerlukan. Sama kita bantu mereka yang memerlukan di saat ini. Moga Allah permudahkan urusan kebajikan ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor