Home Berita PAS Selangor

Agihan bakul makanan rentas kaum – PAS Kawasan Sungai Besar

53
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Uwais Al-Qarni

SUNGAI BESAR, 4 September – Pasukan agihan PAS DUN Sekinchan hari ini telah turun bersama dalam mengagihkan Bakul Prihatin Negara kepada mereka yang terpilih di sekitar Sekinchan.

En. Zulkifli bin Ibrahim, Pengarah JPrD Sekinchan telah turun bertemu dengan penerima yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Agihan ini diberikan kepada rakyat di sekitar Sekinchan yang disumbangkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada seluruh kaum.

“Mereka yang menerima Bakul Prihatin Negara ini sangat berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan.”

Kesukaran yang dialami oleh keluarga yang ditemui ini sangat memberikan kesan dan perlu untuk diberikan perhatian oleh pimpinan masyarakat.

Tanggungjawab kepada pemimpin yang dilantik adalah sangat berat dan perlu sentiasa cakna akan kebajikan rakyat yang berada di bawah pemerintahannya.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor