Home Berita PAS Selangor

Program derma darah KMNS dan DPPNS mendapat sambutan baik – PAS Kawasan Kapar

85
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

PUCHONG, 4 September – Hari ini berlangsungnya Program ‘Blood Donation’ anjuran Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) dan Sektor Tanggungjawab Sosial Dan Khidmat Masyarakat DPPNS serentak di dua lokasi. Iaitu di AEON BIG Bukit Puchong dan Bangi Gateway. Program ini akan berjalan selama dua hari, bermula hari ini sehingga esok.

Pengerusi KMNS, Ustaz Noor Najhan Mohd Salleh bersama Ustaz Fadzli Abu Bakar telah hadir ke AEON BIG untuk meraikan para petugas termasuk petugas dari Pusat Darah Negara. Turut hadir bersama Tuan Rushdan Rusmi Pegawai KMNS, saudara Azwan Penolong Setiausaha KMNS, NYDP PAS Puchong serta pimpinan kawasan.

Program telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pendaftaran di AEON BIG terpaksa ditutup awal kerana telah memenuhi tempat yang disediakan. “Terima kasih kepada semua yang terlibat”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor