Home Berita PAS Selangor

Gotong-royong bersihkan PASTI Hidayah dan Pejabat Pemuda – DPPK Petaling Jaya

69
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

PETALING JAYA, 5 September – Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya harini bergotong-royong membersihkan dan mensanitasi Premis PASTI Hidayah dan Pejabat Pemuda dari pagi sehingga tengah hari.

Pembersihkan ini dijalankan kerana premis tersebut agak kotor dan berhabuk kerana setelah sekian lama ditinggalkan sejak guru dan murid hanya menjalani sesi pembelajaran secara PdPR di rumah.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua anggota dan petugas yang terlibat menjayakan gotong-royong ini. “Semoga usaha murni mereka ini dibalas dengan ganjaran yang sebaiknya disisi Allah SWT”.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor