Home Artikel PAS Perlis

50 Penderma Sertai Derma Darah Jabatan Amal Perlis

428
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

KANGAR: Program derma darah anjuran Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis (JAMNPs) dengan kerjasama Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang berlangsung selama dua hari, berakhir petang tadi berjaya menarik penyertaan seramai 50 orang penderma.

Program berkenaan merupakan sebahagian daripada khidmat sosial JAMNPs yang bertujuan membantu menangani masalah kekurangan bekalan darah di hospital berkenaan.

Menurut Pengarah JAMNPs, Amirul Jufri Mat Saman, ini merupakan kali kedua program seumpamanya diadakan pada tahun ini dan sambutan yang diterima membuktikan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menderma darah semakin meningkat.

“Alhamdulillah, selain pihak HTF, kami juga mendapat kerjasama penuh daripada Alternative Riding Club (ARC) Negeri Perlis serta Briged Muslimat Negeri Perlis dalam menjayakan program ini.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Unit Transfusi dan Tabung Darah HTF serta semua penderma atas sokongan yang telah diberikan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Satu majlis jamuan makan tengah hari turut diadakan selepas tamat program bagi meraikan semua staf Tabung Darah HTF yang terlibat.